Terletak di Brussels, Belgium, kolam renang ini menampung 2.78787 juta liter air tanpa klorin yang mempunyai suhu setakat 30 darjah Celsius. Antara ciri lain yang menarik adalah ianya menempatkan beberapa buah gua dalam air pada kedalaman 10 meter, selain dibina dengan beberapa tingkap dalam air yang membenarkan para pengunjung untuk menjenguk ke dalam kolam pada kedalaman yang berbeza.
Kolam renang ini direka oleh pakar juruselam dari Belgium, John Beernaerts, pada tahun 2004 berfungsi sebagai tempat menyelam pelbagai guna, pusat rekreasi dan juga pusat pengambaran filem. Rasanya ada tak yang berani terjun dalam kolam ni tanpa pakai apa-apa kelengkapan menyelam?