(7 Foto) Suspek Kes Rogol Budak Berumur 12 Tahun Di Tangkap & Dibelasah Di Pantai Sri Tujuh


Kejadian berlaku di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan. Seorang penjual layang-layang dikatakan menculik dan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun .





Seorang lelaki parah dibelasah sekumpulan individu dipercayai kerana merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam kejadian di Pantai Sri Tujuh, Tumpat semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kumpulan individu dipercayai ahli keluarga mangsa dikatakan membelasah lelaki berusia 30-an itu di hadapan orang ramai.

Lelaki itu yang cedera parah kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu. Sumber berkata, mangsa yang berasal dari Jertih, Terengganu dikatakan datang ke rumah saudaranya di Bachok sebelum menjadi mangsa rogol lelaki berkenaan. Turut didakwa merogol mangsa adalah rakan lelaki terbabit. Sumber itu berkata, kerana marah, keluarga mangsa mencari suspek sebelum seorang daripadanya dikesan berniaga di Pantai Seri Tujuh, Tumpat.



“Sebaik melihat mangsa, kumpulan individu terbabit terus menyerang dan melucutkan seluar mangsa sebelum memukulnya dipercayai dengan rotan sambil disaksikan orang awam,” katanya.



Perlakuan itu turut dirakam pihak tertentu dan dimuat naik sebelum tersebar secara meluas di Internet sejak semalam, lapor akhbar online myMetro.


Macam-macam kes rogol berlaku sekarang ini, mungkin ini lah masa yang paling sesuai untuk melaksanakan Hukum Hudud untuk mendidik masyarakat supaya lebih takut melakukan jenayah ini.

Contact Form

Name

Email *

Message *