Beego mula berasa bimbang dengan masalah yang dihadapi anaknya



PETALING JAYA: Pelakon Beego berasa bimbang dengan masalah anaknya, Jelita Clarisa yang sering meragam setiap kali tibanya waktu Maghrib.

Beego atau nama sebenarnya, Beego atau nama sebenar Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 34, berkata, Jelita Clarisa yang baru berusia dua bulan akan menangis apabila tiba waktu itu.

“Sekarang usia dia sudah masuk dua bulan dan semakin sihat tetapi saya dan isteri agak juga sebab dia kerap meragam dan menangis terutamanya waktu Maghrib.

BEEGO 1

“Bagaimanapun, saya tidak rasa masalah itu disebabkan oleh apa-apa gangguan lagipun sekarang ini bulan Ramadan. Linda (isteri) beritahu ia mungkin disebabkan rutin waktu tidur dia kerana dia akan tidur panjang selepas Maghrib dan terjaga pada tengah malam,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Sementara itu, Beego berkata, dia kagum dengan pengorbanan isterinya iaitu pelakon Linda Hashim yang penuh sabar dalam melayan kerenah bayi.

Katanya, biarpun dia tidak banyak dapat membantu, namun dia belajar pelbagai perkara tentang kerja-kerja menjaga anak.

“Pada usia ini bayi memang akan berjaga malam kerana ingin menyusu. Saya kasihan juga dengan Linda sebab dia tidak cukup tidur dan tiada masa untuk diri sendiri.

“Jika tidak ada penggambaran memang saya akan bantu dia menguruskan hal rumah tangga, namun hal mandikan bayi dan tidurkan bayi, Linda yang akan uruskan,” katanya.

BEEGO 2

Dalam pada itu Beego berkata, dia kini benar-benar merasai tanggungjawab sebagai ketua keluarga terutama dalam hal menjaga keperluan harian dan kewangan.

Dia juga mula faham tentang apa erti pengorbanan yang pernah diberikan oleh ibu bapanya dahulu.

“Sekarang Linda tidak bekerja jadi sebagai ketua keluarga saya perlu kerja kuat, barang-barang bayi pula bukan murah.

“Saya faham kenapa ibu dan ayah marah-marah pada saya jika saya nakal dahulu, mereka akan cakap kalau saya ada anak saya akan rasa perkara itu.

“Sejak lihat Linda melahirkan anak kami, saya sudah mula mengerti perasaan dan kesusahan itu, saya akan mengingatkan perkara yang sama kepada anak saya nanti,” katanya.-mStar

sumber
- See more at: http://isuterhangat.blogspot.com/2014/07/pelakon-beego-berasa-bimbang-dengan.html#sthash.YvBQkRbd.dpuf

Contact Form

Name

Email *

Message *