AIR ASIA DITABALKAN SYARIKAT PALING KURANG AJAR DI MALAYSIA.


Gua tak selalu guna Air Asia kalau nak 'terbang' kemana-mana walaupun syarikat penerbangan tu dikatakan paling murah dan juga paling popular.. (popular ke?) Gua lebih suka guna MAS kerana gua puas hati dengan servis yang dorang berikan..



Lagi satu sebab gua tak suka guna Air Asia ialah disebabkan perangai berlagak sombong CEO dia.. Nampak zahir pun dah memang sombong sangat si Tony Fernandes tu kann...


Tambah-tambah pulak Air Asia baru-baru ni "popular" sangat dengan isu nasi lemak telanjang dan juga promosi pengiklanan yang melampau serta disifatkan kurang ajar..

Nak iklan pun iklanlah kann.., tapi pengiklanan Air Asia memang terbukti langsung tak mengambil kira sentimen Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum serta penuh adat budaya..


Hari tu dorang ada buat iklan menghina jururawat didalam usaha untuk promosikan pakej perlindungan Tunes Insurance Malaysia.. Lepas dikecam hebat oleh pelbagai pihak, barulah puak-puak Air Asia tu terhegeh-hegeh nak tarik balik iklan dorang..

Itu selepas isu Nasi Lemak telanjang yang dikatakan menghina MAS yang didakwa menyediakan hidangan nasi lemak tak lengkap.. Tak ke macam budak-budak bila Air Asia jadikan isu terbabit sebagai iklan untuk dorang perli pesaing?


Dan yang paling baru, isu menghina juruterbang MAS MH370.. Air Asia secara terang-terangan menjadikan isu kehilangan MH370 sebagai modal memburukkan juruterbang syarikat MAS dengan penerbitan artikel di ruangan Pilot’s Perspective dalam isu terkini majalah Travel 3Sixty.

Kononnya juruterbang Air Asia lebih berpengalaman dan sentiasa memastikan pesawat yang dibawa tidak akan sesat atau hilang. Tak ke kurang ajar namanya tu beb?

Semua faktor-faktor ni menyebabkan gua hilang minat untuk naik Air Asia walaupun dorang tawarkan harga murah. Kecualilah gua tak ada pilihan sangat barulah gua akan pertimbangkan untuk ambil perkhidmatan syarikat penerbangan paling kurang ajar di Malaysia ni!

Contact Form

Name

Email *

Message *