Foto: Kaki Gadis tersangkut dalam lubang tandas (18++)


AYER KEROH - Hasrat anak beranak hendak membeli belah di bandar hampir tergendala gara-gara kakisalah seorang daripada mereka termasuk ke dalam lubang tandas rumahnya di TU22 Taman Tasik Utama, di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, Muhammad Daniel Amir, 7, terpaksa melalui detik cemas selama dua jam sehingga pihak bomba mengeluarkan kakinya.

Sebelum itu, keluarga berkenaan termasuk dua lagi adik beradik Muhammad Daniel berusia 5 dan 6 tahun sedang menunggu mangsa mandi untuk ke bandar Melaka bagi membeli barang keperluan.

Bagaimanapun, mangsa tergelincir lalu kaki kanannya terperosok ke dalam lubang tandas itu.

Bapa kanak-kanak tersebut, Amir Ali, 47, berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu kemudian menjerit minta bantuan.

“Saya bergegas masuk dalam tandas dan terkejut lihat kaki anak saya di dalam lubang tandas. Saya cuba keluarkan kakinya tapi selepas lebih setengah jam masih gagal. Lalu saya hubungi bomba.

“Akhirnya bomba terpaksa memecahkan seramik tandas," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Amir yang juga kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berkata, dia bersyukur anaknya tidak cedera, meskipun mengalami kerugian kira-kira RM500 untuk membaiki tandas yang rosak.

Sementara itu, Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Shahril Zauni berkata, sebuah jentera membabitkan empat anggota tiba sebaik saja menerima panggilan jam 10.20 pagi.

"Biasanya kami cuba menarik kaki mangsa, namun tidak berhasil. Kami terpaksa gunakan peralatan khas untuk memecahkan seramik sebelum kaki mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 11.40 pagi,” katanya.

Contact Form

Name

Email *

Message *