Lebih memburukkan lagi keadaan, Hanez cuba bertindak kurang bijak apabila mengugut untuk menyaman Liyana kerana telah memalukan dirinya kepada umum jika gagal memohon maaf.
Walau bagaimanapun, menyedari sokongan orang ramai terhadap nasib yang menimpa Liyana Manan termasuk beberapa rakan artis, ini mungkin sedikit sebanyak memaksa Hanez untuk mengambil pendirian memohon maaf dan bersemuka secara berdepan dengan Liyana.
Sememangnya ini merupakan satu perkembangan baik buat bekas kekasih Awi Rafael itu namun ramai peminat mendakwa ianya sudah terlambat. Apapun, jika Hanez benar-benar ikhlas dengan permohonan maaf serta mengundur diri, mungkin reputasinya dapat dipulihkan kembali.