MH370: Diego Garcia Dan Kegoyahan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

*Pastikan! Ketika anda membaca artikel ini, sila rujuk semua attached link yang telah saya buat. Pastikan juga anda mempunyai akaun facebook untuk mengakses kesemua attached link.

Masih ingat mengenai ulasan saya dalam artikel-artikel lalu baik di blog ini atau di facebook saya tentang Pulau Perak dan beberapa buah pulau lagi?

Masih ingat status update di facebook saya mengenai pulau-pulau yang ada? Saya ada update banyak gambar-gambar landasan kapal terbang di wall facebook saya. TIDAK ADA satu gambar pun yang menunjukkan lokasi Diego Garcia. Tapi kalau korang familiar dengan Diego Garcia, korang tengok gambar kat atas ni pun tahu apa nama lapangan terbang tersebut.

Ada banyak sebab kenapa saya langsung TIDAK pernah mengulas tentang Diego Garcia dan radar jammer seperti AWACS dan lain-lain. Hint dan clue korang boleh baca disini.

Selepas menerima klu tersebut, saya telah percaya bahawa siasatan kes MH370 akan didivert kepada satu perkara yang amat tidak logik. Lihat susunan 13 klu dalam klu yang telah sayaattach pada perenggan di atas. Ada sebab mengapa saya berbuat begitu. Kemudian, korang boleh perhatikan semua posting aku bermula daripada posting yang ini, ini, ini, dan ini.

Kalau korang benar-benar mengikuti apa yang aku update, sejak awal 10 Mac sehingga sekarang, korang pasti perasan semua hint dan clue yang aku berikan ada kaitan antara satu sama lain. Korang juga pasti tertanya-tanya banyak perkara, kenapa aku tidak tulis apa-apa tentang Diego Garcia, radar jammer, AWACS, Russia dan lain-lain point yang memang aku sengaja tak mahu sentuh.

Mengenai sebab musabab ini, akan aku jawab selepas artikel berikut.... Artikel berikut adalah penulisan dari Shah Paskal. Bacalah dengan hati dan minda terbuka....


Diego Garcia
1. Ramai orang bertanya kepada saya jika kemungkinan pesawat mendarat di lapangan terbang Amerika Syarikat (AS) di kepulauan Diego Garcia, saya bagaimanapun berasa ia terlalu jauh untuk pesawat tersebut sampai.

2. Pulau itu memang boleh menampung pesawat sebenar MH370 kerana landasan pulau tersebut yang sepanjang lebih dari 2 kilometer mampu menampung pendaratan kapal terbang pengebom B-52 milik AS.

3. Satu lagi laporan yang saya dapat adalah, pesawat tersebut telah turun dari 30,000 kaki kepada 4,000 kaki, saya tidak tahu jika pesawat mengalami kerosakan atau memang sengaja dilakukan.

4. Untuk membuat andaian Kapten Zaharie Ahmad Shah terlibat dalam satu konspirasi yang besar, itu bukan tugas saya dan saya fikir tidak patutlah kita buat begitu selagi kotak hitam tidak ditemui.

5. Kapal terbang juga diberitahu terbang dalam keadaan kelajuan laju dan kemudian perlahan, jika pesawat terbang pada paras 4,000 kaki sudah tentu enjin terpaksa menggunakan kuasa yang banyak untuk mengekalkan ketinggian dan kestabilan pada paras tersebut iaitu tinggi di bawah Gunung Tahan yang mempunyai ketinggian 7,175 kaki.

6. Bagaimanapun saya tidak rasa pesawat terbabit terpaksa membuat penerbangan "Terrain Hugging" untuk mengelak dari radar.

7.Jika pesawat berjaya mengelak dari radar, sudah tentu ada satu kuasa lain yang mengetahui kedudukan-kedudukan dan kekuatan radar negara atau titik buta "blind spot" negara-negara seperti Indonesia, Thailand dan Malaysia.

8.Jika ketiga-tiga negara ini masih juga gagal mengesan sebuah pesawat yang terbang rendah, nyatalah "Secondary surveillance radar" milik negara-negara tersebut tidak diletakkan dalam lokasi yang sesuai kerana "Secondary radar" ini biasanya berjarak pendek.

9.Seseorang yang mempunyai maklumat ketenteraan dan kekuatan radar-radar ini sudah tentu boleh mengawal pesawat terbabit, ini tidak memerlukan konspirasi yang besar seperti penggunaan jammer dari kapal terbang "Awacs".

10.Selepas mengambil kira keupayaan minyak pesawat MH370 itu, saya andaikan pesawat tersebut tidak akan pergi sejauh Kazastan, India, Diego Garcia dan sebagainya.

11.Paling kuat pesawat akan kehabisan minyak sekitar perbatasan Malaysia atau Thailand dan terhempas di sekitar kawasan berkenaan.

12.Ini bertepatan dengan perenggan 64 artikel saya sebelum ini yang menyatakan pesawat akan dijumpai di sempadan Malaysia/Thai atau Malaysia/Vietnam.


Okay, 12 point je. Artikel diterbitkan dengan kebenaran beliau.

Tanpa perlu bercerita panjang lebar, 12 point di atas sebenarnya telahpun menjawab kesemua persoalan yang aku ajukan dalam perenggan-perenggan di atas. Inilah antara punca mengapa aku tidak mahu mengulas mengenai AWACS, Diego Garcia dan aku menolak mentah-mentah teori mengatakan MH370 berada di Russia dan cerita kononnya daripada "PTD" yang disebarkan ramai orang.

Sekarang saya dengan berbesar hati ingin berkongsi beberapa point penting dan clue yang telah saya catatkan di wall facebook saya buat tatapan semua. Aku pecahkan kepada beberapafraction untuk memudahkan korang memahami susunannya.

---------------------------------------

Kegoyahan(Fraction 1)

Mastermind kepada semua yang terjadi hari ini.....

adalah orang Melayu sendiri. Dan dia masih berada dalam Malaysia.

This is my statement.

-bradokapak-
1.25 PM - 13.3.2014.

Rujukan disini.

---------------------------------------

(Fraction 2)

Aku bagi clue/hint sikit....

1. MH370 terputus hubungan.

2. MH370 disyaki berpatah balik ke arah Pulau Perak atau ke arah Barat Semenanjung (Utara).

3. Pesawat dah tenggelam...

4. Penumpang belum mati.

5. Tiba-tiba pesawat timbul balik. Ramai penumpang mati terikat dalamnya.

6. Ada segerombolan orang datang ke sebuah pulau...

7. Mereka disambut oleh orang Myanmar.

8. US and its allies, just ambil kesempatan.

9. Kerajaan kita sengaja lengahkan kes / isu ini.

10. InsyaALLAH dalam minggu ini juga pasti berita akan diceritakan di media.

11. Ramai orang terkejut bila mengetahui hakikat sebenar...

12. Ramai orang tak percaya apa yang 'teori kami' katakan...

Kesimpulan ringkas....

Kapal hilang - kapal patah balik - kapal tenggelam - tak ada yang mati - kapal timbul balik - ramai mati

Sekarang.... gilran kalian untuk berfikir dan mencari jawapan. Baca dan semak semua status saya dari seawal status bertarikh 10 Mac 2014. Baca juga teori Shah Paskal di dalam blognya. Cubalah kaitkan dan cari jawapannya sendiri....

Indeed.... sekali lagi aku sendiri terkejut bila tau kesudahannya.

Rujukan ada disini.

-----------------------------------

Lagi udpate yang pernah aku buat...

(Fraction 3)

Banyak benda nak di update.... Tapi tak tau nak mula daripada mana. Sementara menanti point2 besar yang aku akan tuliskan.... aku nak bgtau beberapa perkara...

1. Aku tak percaya pesawat tu terhempas di area Pulau Perak dengan sengaja (jika benar terhempas disitu).

2. Sehingga kini, aku masih yakin pesawat TIDAK terhempas.

3. Carilah apa yang sebenarnya ada dalam pesawat dan dibawa oleh pesawat..... ramai org tak terfikir.

Rujukan disini.

Alhamdulillah... Itu sahaja yang aku ingin kongsikan setakat ini. Kalau korang nak lagi banyak clue untuk menyelesaikan masalah MH370 ini, bolehlah rujuk wall facebook aku tau. Selongkar dan geledahlah, cari sampai dapat. Manalah tahu aku pernah tertulis komen yang ada bagi hint terbesar ke.... :D

Kalau tak jumpa tu, anggap je bukan rezeki kalian. Yang pasti, aku berkongsi ini untuk membantu semua orang menyelesaikan masalah yang sedang datang. Bukan membantu kerajaan, tetapi memberi pilihan ke-2 untuk orang awam membaca dan berfikir. Kerajaan tahu apa yang sedang mereka buat dan aku sedikut pun tidak mempertikaikan usaha mereka. Kerana, bagi aku apa yang mereka buat sedang menjaga kedaulatan negara.

Boleh rujuk artikel MH370: Suatu Misteri. Disana aku dah jelaskan dengan panjang lebar akan hal kedudukan sebenar kes kehilangan pesawat MH370 ini.

InsyaALLAH, aku akan sambung lagi artikel panjang lebar aku pada bahagian kedua....

Nantikan,

MH370: ... ....

Tak lain tak bukan hanya di blog ini juga. :)


Sekian,
Wassalam.

Contact Form

Name

Email *

Message *