Jawapan PANAS dari Aidil Apabila Rita Rudaini Buat Pendedahan Berani Mati Dan Dedah Segala Rahsianya Dengan Zarema?



Kalau sebelum ini, Rita menghentam Aidil yang didakwa mengabaikan anak-anak selain mendakwa Zarema menyekat komunikasi Aidil dengan anak-anaknya. Kemudiannya Aidil menyangkal dakwaan tersebut dan turut membela isterinya. Selepas itu, Rita yang bengang dengan penafian Aidil membuat pendedahan yang begitu mengejutkan. Sampai hal rumahtangga Aidil dengan Zarema juga Rita sebutkan. Tak sangka pula banyak betul rahsia rumahtangga Aidil dan Zarema dalam tangan Rita.

Tidak berhenti disitu, Aidil pula menerusi laporan Berita Harian semalam mempersoalkan tujuan sebenar Rita memberikan kenyataan seperti itu selain berkata dia dan isterinya tidak terjejas langsung dengan apa yang dikatakan Rita kepada orang ramai.

“Mengapa tiba-tiba Rita membuat pendedahan seperti itu. Apakah tujuannya berbuat demikian? Dalam hal ini, hanya saya dan isteri saya tahu perkara sebenar. Jujurnya kami tidak terkesan langsung dengan pendedahan yang dibuat. Pada awalnya saya malas hendak berbalas kenyataan atas nasihat kawan-kawan. Tapi saya perlu bersuara kerana perkara itu membabitkan isteri saya sekarang.”

“Rita mengadu kepada para media kononnya dua minggu sebelum perkahwinan baru saya mahu menjenguk anak dan selepas bernikah langsung menghilang. Hakikat sebenar saya sudah lama mahu menjenguk anak. Bukan dalam tempoh dua minggu tapi sebelum itu lagi. Saya ada mesej (Rita) bertanyakan soal anak dan meminta kebenaran untuk bertemu mereka. Malangnya tiada sebarang jawapan. Hanya pada seminggu sebelum saya kahwin, baru dia membalas mesej dan izinkan saya jenguk mereka.”

Aidil Zafuan sekali lagi mengulangi sebab sebenar kenapa beliau tidak datang menjenguk anak dan ianya disebabkan tempat tinggal yang jauh di Johor Bahru.

“Persoalannya mengapa lagi seminggu saya nak kahwin baru balas mesej dan beri keizinan? Selepas berkahwin, saya pindah ke Johor Bahru. Kesibukan membuatkan saya tidak sempat melawat mereka. Namun saya tetap bertanya khabar dan baru-baru ini saya ternampak gambar anak sakit. Itupun kawan yang beritahu selepas terlihat gambar itu di Instagram Rita. Apabila saya tanyakan perkara itu, Rita tempelak saya balik. Bukanlah lebih wajar beliau maklumkan kepada saya bahawa anak saya sakit kerana saya adalah bapanya. Ini tidak, beliau lebih senang muat naik gambar ke Instagram daripada memberitahu saya,” jelas Aidil Zafuan panjang lebar dipetik laporan akhbar itu.


Contact Form

Name

Email *

Message *