Kisah Benar - AJK masjid : Setiap kali jumaat mengira duit tabung pasti wajib ada duit serinngit yang pelik !


Pengalaman yang biasa dilalui oleh AJK masjid yang bertugas mengira duit tabung hasil sumbangan jemaah yang hadir di hari Jumaat. Ikuti kisah benar berikut.

"Baru-baru ni sempat Solat Jumaat di kampung halamanku di Kedah. Rindu nak dengar khutbah di Kedah. Siap Solat Jumaat, tolong abah kira duit tabung Jumaat. Terjumpa duit kertas RM10 digulung dengan RM1. Aku berseloroh "ada juga jenis balut macam ni". Abah kata, "tiap-tiap minggu wajib ada dia ni. RM11.... RM10 mesti dia gulung dengan duit RM1. Duit RM1 jer nampak". Aku terfikir, mungkin penderma ni cuba elak agar diri tidak berasa riak. Kita bagaimana?"
Helah ke syurga, begitu sekali penderma itu cuba mengelakkan diri dari perasaan riak. Moga kita pun usaha menderma tapi bukanlah dengan sifat mazmumah. Jika anda pun dalam usaha untuk elak berasa riak tanpa disengajakan, ini tips yang menarik untuk diikut. Like & Share untuk perkongsian (jika bermanfaat).

Contact Form

Name

Email *

Message *