Norman Hakim Komen Kes Abby Abadi, Nota Wartawan Dan Farhan


Seorang blogger yang juga bekas wartawan iaitu Fauziah Samad atau Kak Jie telah membuat satu nota buat Abby Abadi. Paling mendapat perhatian apabila Kak Jie mengatakan Abby pernah berkahwin dengan lelaki lain sebelum berkahiwn dengan Norman Hakim.


TUDUHAN BEKAS WARTAWAN (Nota Buat Abby)

Menurut Norman Hakim, dia langsung tidak mengetahui tentang tuduhan bahawa dia merupakan suami kedua Abby dan bukan suami pertama.

Norman juga langsung tak terkilan apabila bekas wartawan tersebut seolah-olah mengungkit perkara yang dah lepas.

Ini kata Norman Hakim:Saya tak tahu, pada saya saya hanya alert ketika itu, sebelum itu saya tak tahu dan tak pernah ambil tahu, apabila dia buat begitu, saya pun anggap perkara dah lepas, tak jadi isu pada diri saya. Maksud saya itu hanya telahan, yang tahu hanya Allah dan individu tersebut.

Saya tak terkilan bila dia ungkit kerana itu pengalaman, pada saya ia membuatkan saya lebih kenal tentang kehidupan, mematangkan kita, mendekatkan, ini semua ujian-ujian dalam kehidupan duniawi. Ini semua dah biasa.

Bagi Norman Hakim sesiapa pun tidak berhak untuk mengadili kisah manusia lain kerana semua manusia tidak sempurna.

HUBUNGAN DENGAN ABBY & KOMEN TENTANG FARHAN:

Norman Hakim kini mengakui hubungannya dengan Abby Abby masih baik dan menganggap bekas isterinya itu lebih matang menguruskan hal perceraiannya dengan Farhan.

Tentang perangai dan peribadi Farhan, bagi Norman lelaki itu merupakan insan yang sangat baik apatah lagi Farhan menjaga dan boleh menerima bekas isteri dan anak-anaknya.

Ini kata Norman Hakim:Saya nampak dia (Abby) lebih tenang nak berdepan dengan situasi penceraian. Anak-anak pun dah dewasa, mereka pun faham.

Dia lelaki yang baik kerana dia menerima bekas isteri saya dan anak-anak saya sekali cuma tak ada jodoh dah. nak buat mcm mana. Isu cakaran tu, kita tak tahu kesahihannya, baik kita doakan yang terbaik dari buat spekulasi. Tak perlu jadi juri awam, pendekatan saya macam tu.




Contact Form

Name

Email *

Message *